BAGAIMANAKAH CARA UNTUK MENGGEMUKKAN KANAK-KANAK ANDA ?
Di sini ada beberapa tips yang boleh saya kongsikan. Saya harap agar tips saya ni berguna ya ?
Seperti Adiputra ni, dia sangat montel kan ? tapi untuk pengetahuan anda semua, dulu Adi adalah yang paling kecil semasa dilahirkan bersma dengan bayi-bayi yang lahir bersamaan dengan nya. Iaitu beratnya hanya lah 2.70kg sahaja sedangkan yang lain adalah 3ma kg dan keatas.
Tambahan pula, semasa Adi berumur 5 bulan begitu , Adi terkena penyakit muntah berak. Bukan main, memang menderita Adi pada masa itu dan terpaksa ditahan di hospital untuk beberapa hari. Pada masa itu juga, Adi telah dimasukkan cecair sehingga 5 pek kalau tidak silap.
Mungkin itu juga salah satu punca Adi boleh menjadi sebesar ini pada masa kini.. hehe.. comel juga.
Baiklah tips yang saya maksudkan ialah:
1. Bergantung dengan susu yang diminum
Setiap bayi mempunyai susu yang sesuai dengan diri masing-masing. Sebagai contoh, dulu Adi minum susu Lactogan. Tetapi sayangnya, susu tersebut tidak sesuai dengan badannya dan mengakibatkan Adi sentiasa terkena ruam. Setelah beberapa kali pergi ke klinik, akhirnya doktor menyatakan susu yang diminumnya tidak sesuai kerana Lactogan adalah antara susu yang manis (kandungan gula yang tinggi).
Oleh yang demikian, mama mengambil keputusan untuk memberikan susu Dumex kepada Adi. Akhirnya, ruam yang dihadapinya dapat ditangani. Alhamdulillah.
Dumex adalah susu yang amat baik. Tambahan pula, ramai orang sekeliling yang menanyakan susu yang diminum Adi dan mereka pun mengamalkannya kerana ingin mempunyai anak yang montel seperti Adi. Hehe..
2. Minum susu
Mungkin anda tidak percaya bahawa Adi tidak pandai makan nasi dan sebagainya kecuali minum susu, mi dan keropok. Haha. Sampai sekarang pun, Adi hanya makan nasi pun sedikit sahaja. Tidak tahulah kenapa. Oleh yang demikian, kami merasakan bahawa amalannya yang minum susu sahaja dapat membesarkan lagi badannya.
3. Minum Milo
Kalau kamu mahu tahu, Adi suka minum Milo. Sangat suka. Seriously, sudah la Milo tu mahal. Haha. Tambahan pula, Adi akan meminta 2 kotak Milo dan 2 bungkus keropok sebagai sajiaan setiap hari. Kalau tidak, merajuk la dia setiap hari. Hehe. Seram tu kalau marah.
4. Minum Soya
Sebelum adanya Milo, Adi lebih sinonim dengan susu kacang kedelai iaitu Susu Soya. Memang penting juga la, sebab kalau susu yang dibawa habis, soya la penyelamatnya. Mungkin itu juga salah satu faktor kegemukkannya.
5. Minum Nescafe
Ntah la, dulu-dulu mama memberikan Nescafe kepada si Adi. Masih bayi lagi tu. Tidak tahu la bagus ka tidak, tetapi terbukti bahawa Adi sangat kuat sekarang. Dulu semasa baru berumur 1 tahun pun boleh angkat 2kg tepung. Wkwkwk. Lucu la jugak kalau difikirkan balik. Tapi itulah, mama cakap Nescafe memang menguatkan badan. Heeee~
Itu sahaja daripada saya, semoga bermanfaat. Selamat mencuba, muuuuaaaah .
No comments:
Post a Comment